Bekas ratu cantik atau Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2007 peringkat Sabah, Jo Anna Henley Rampas, 29, sah menjadi calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu.

Timbalan Ketua Wirawati WARISAN itu akan menentang penyandang kerusi DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) mewakili Barisan Nasional (BN) manakala Terence Sinti dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Gaibin Ransoi dari Parti Cinta Sabah (PCS).

Baca: 8 Gambar Seksi Jo Anna Henley Rampas

Jo Anna yang berketurunan Dusun campuran Britain, mengakui pembabitannya dalam politik adalah menyambung legasi keluarganya.

“Datuk (Rampas) sebelah ibu saya pernah menjadi pemimpin masyarakat di Kiulu manakala bapa saudara saya, Louis Rampas adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (dari BN) di Kiulu selama tiga penggal.

“Ibu saya juga pernah bertanding sebagai calon BN pada 1994, maka mungkin ini antara sebab saya menyertai politik,” katanya.

Jo Anna dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan oleh neneknya di Kampung Poturidong, Kiulu sehingga berusia sembilan tahun sebelum berpindah ke Penampang dan Kuala Lumpur.

“Saya harap orang tidak menilai berdasarkan rupa sehingga dikatakan memancing undi,” katanya.

DUN Kiulu terletak dalam Parlimen Tuaran dengan 12,978 pengundi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.