Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini menyerahkan beberapa dokumen penting bagi membantu siasatan berhubung dakwaan skandal seks membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah, berkata dokumen merangkumi akuan bersumpah (SD) bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee.

“Turut diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pagi tadi ialah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2015 berkaitan perceraian Stanley dan bekas isterinya.

“Siasatan perlu dijalankan kerana secara jelas nama Muhyiddin disebut hampir empat kali dalam SD berkenaan dan kes perceraian terbabit,” katanya.

Azwanddin berkata demikian pada sidang media selepas hadir memberi keterangan kira-kira 30 minit di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAINJ di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau diiringi Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd Salleh tiba di pejabat itu kira-kira jam 10.45 pagi. Azwanddin kemudian menyerahkan dokumen berkenaan kepada Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Saiful Najib Hassan.

LEAVE A REPLY