syed-redzuanJenazah pendaki Malaysia, Syed Redzuan Syed Salim Shatri yang ditemui maut di Gunung Damavand, Iran pada 28 November lalu selamat tiba di Kompleks Kargo KLIA kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Pesawat Mahan Air yang membawa jenazah berlepas dari Tehran, Iran kira-kira 10 malam waktu tempatan.

Jenazah Syed Redzuan akan di bawa terus ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk disolatkan dan dijangk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn kira-kira jam 3 petang ini.

Arwah Syed Redzuan ditemui maut di Yakhar Glacier, Gunung Damavandpada 28 November lalu selepas enam hari terpisah daripada anggota pendaki yang lain.

Dalam kejadian itu, arwah bersama seorang lagi pendaki negara, Ramli Abdul Majid dilaporkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu.

Bagaimanapun, hanya mayat Syed Redzuan ditemui manakala, Ramli masih gagal ditemui sehingga sekarang.

LEAVE A REPLY