muinJenazah kanak-kanak lelaki dua tahun yang mati akibat didera teman lelaki ibunya di Flat Paya Nahu selamat dikebumikan pagi tadi.

Jenazah kanak-kanak malang terbabit dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, Sungai Lalang, di sini, dengan dihadiri kaum keluarga sebelah ibu mangsa.

Difahamkan, nenek mangsa menuntut jenazahnya yang sudah menjalani bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini kira-kira jam 7 pagi tadi.

Semalam BH melaporkan, melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala kakaknya yang berusia empat tahun parah akibat dipukul teman lelaki ibu mereka di Flat Paya Nahu, di sini.

Kanak-kanak lelaki terbabit disahkan meninggal dunia sejak 9 November lalu, dengan mayatnya yang sudah reput disembunyikan suspek dalam tong ikan yang disimpan dalam satu bilik di rumah berkenaan.

Bagaimanapun, kakak mangsa yang mengalami kecederaan fizikal di beberapa bahagian tubuh dan kini stabil di bawah pemerhatian Pakar Perunding Kanak-Kanak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini sejak dimasukkan jam 3:54 pagi semalam.

Kejadian itu terbongkar selepas berlaku pergaduhan antara ibu mangsa yang berusia 26 tahun dan suspek, 34, yang masing-masing positif dadah kira-kira jam 1.20 pagi sehingga memaksa campur tangan pihak polis.

LEAVE A REPLY