Jenazah Allahyarham Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm, Livermore, California, sebentar tadi.

Terdahulu, jenazah disempurnakan di Masjid An Noor, Santa Clara, kira-kira jam 2.40 pagi waktu Malaysia.

Solat jenazah dilakukan di Masjid Muslim Community Association selepas solat Jumaat yang diketuai anak Allahyarham, Hamdi dan disertai komuniti Islam tempatan jam 5.21 pagi waktu Malaysia, sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.10 pagi semalam ketika menjalani rawatan akibat komplikasi jantung di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California.

Sementara itu, solat jenazah ghaib akan diadakan jam 9 pagi ini di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan diimamkan Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

LEAVE A REPLY