jenazahAnggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Mohd. Ridzuan Md. Yusop yang maut dilanggar sebuah treler di Setia Alam, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Solok Setulang, Bukit Rambai malam tadi.

Lebih 200 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan majikan Mohd. Ridzuan hadir pada upacara pengebumian itu yang dilakukan sejurus selepas solat Isyak.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman; Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md. Taib dan Pengarah Akademi JPJ, Kipli Mahasan.

Terdahulu, jenazah Mohd. Ridzuan tiba dari Hospital Shah Alam di rumah ibunya di Rumah Awam 2, Bukit Rambai pada pukul 7.20 malam sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Falah Bukit Rambai.

BACA: Anggota JPJ Pecah Kepala Digilis Treler Ketika Operasi

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Mohd. Rodzuan, 34, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala selepas digilis kenderaan berat berkenaan yang berhenti di lorong motosikal untuk membuat panggilan telefon.

LEAVE A REPLY