Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bertam Indah(SKBI) di sini, Ismail Awang menyifatkan tindakannya memayung murid turun dari kereta ketika hujan adalah perkara kecil sahaja.

Menurutnya, ia hanya benda kecil dan biasa saja dan ada orang lain buat jasa lebih besar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gambarnya membantu memayungkan murid ketika hujan Isnin lalu menjadi viral dalam laman sosial.

Ismail, 55, berkata sebenarnya bukan hanya beliau seorang membantu murid ketika itu, tetapi turut dibantu beberapa guru lain.

“Apa yang saya buat hanyalah untuk mengikut jejak langkah guru yang mengajar saya ketika masih bersekolah dulu.

“Tapi saya lihat guru di SKBI semuanya prihatin dan mengambil inisiatif sendiri tanpa disuruh,” katanya.

LEAVE A REPLY