Meriah sungguh keluarga Adira AF nampaknya. Umum mengetahui bahawa suami kepada Adira atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pernah menggemparkan industri seni tanah air apabila dikaitkan dengan pelakon baru Ruhainies baru baru ini seterusnya menjurus kepada kenyataan demi kenyataan berani oleh Datuk Red sendiri.

Berbeza dari perkara sebelumnya, luahan dari gambar yang dikongsikan oleh isteri pertama Datuk Red turut mendapat perhatian lebih-lebih lagi terselit nada gurauan dalam caption di laman sosial tersebut.

“Tahun lalu dalam bilik bersalin sudah setahun berlalu Andika Aswad sekarang sudah berumur satu tahun (09/10/16). Semoga menjadi anak yang berjaya dan soleh, yang paling penting jangan ikut perangai playboy papa. Rindu pula nak pregnant lagi,” kongsinya Datin Red di Instagram.

Bagaimanapun, Datin Red cukup tenang menjawab soalan peminat dan pengikut di laman sosial tersebut malah turut menyatakan bahawa walaupun playboy, lelaki berkenaan tetap juga suaminya dengan nada bergurau.

LEAVE A REPLY