Umno tiada sebab untuk berasa cemas dengan siasatan 1MDB kerana ia tiada kaitan dengan parti itu, kata ketua penerangannya Tan Sri Annuar Musa.

“Jangan keliru, Umno adalah parti politik. Kita tiada kaitan dengan 1MDB,” katanya ketika ditemui di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, Umno tidak tahu apa yang berlaku dalam 1MDB dan tidak pernah diberi penerangan tentang sebarang urus niaga oleh syarikat milik negara itu.

Beliau diminta mengulas laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber mendakwa badan penguatkuasa menyiasat kira-kira 1,000 individu, termasuk ahli politik, yang disyaki menerima bayaran dengan dana 1MDB.

Laporan itu berkata antara yang disiasat ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, ahli keluarga Najib, ahli politik BN, pegawai kanan kerajaan, ahli perniagaan dan peguam.

Ditanya berkenaan laporan itu, Annuar berkata: “Ia mengejutkan kerana jumlahnya begitu besar. Tapi kita tak boleh kata percaya (laporan itu) atau tidak. Saya juga nak tahu.

“Biar proses siasatan diteruskan dan kedaulatan undang-undang ditegakkan.”

Sementara itu, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata beliau terkejut dengan jumlah mereka yang disiasat.

“Jika betul apa yang dinyatakan dalam laporan itu, saya pasti orang ramai nak tahu.

“Jumlah 1,000 yang disiasat ini perkara baru buat saya. Tetapi satu perkara yang pasti, saya boleh jamin, nama say tak termasuk,” katanya yang bertanding kerusi naib presiden bagi pemilihan Umno kali ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.