SABAK BERNAM – Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos masih kekal dan setia dalam Umno serta tidak lompat parti seperti yang tular di media sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp.

Pegawai Khasnya, Mohd Azli Jaffar berkata, imej gambar yang tular itu tidak benar dan fitnah pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat Jamal kononnya beliau bertindak keluar daripada Umno.

“Saya nafikan sekeras-sekerasnya desas-desus berkaitan tersebarnya berita yang tidak sahih mengatakan Datuk Seri Jamal melompat parti.

“Tiada sidang media dan ucapan daripada beliau sendiri mengatakan telah meninggalkan Umno,” katanya .

Mohd Azli berkata, sehingga kini, Jamal masih setia dan berdiri teguh di bawah Umno.

“Semua gambar yang digunakan pihak terbabit adalah gambar lama bagi tujuan fitnah,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial kononnya Pengerusi NGO Malaysia itu dijangka menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.