Sebelum ini berlaku keraguan terhadap status halal coklat terkenal dari Korea iaitu Pepero kerana ada yang mendakwa coklat tersebut tidak mempunyai sebarang sijil halal.

Berhubung dengan isu itu, semalam Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjawab persoalan itu di laman rasmi Facebook mereka.

JAKIM mengesahkan coklat Pepero keluaran LOTTE merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) dan Korean Muslim Federation (KMF).

Kedua-dua badan pensijilan halal luar negara ini merupakan antara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Oleh kerana itu JAKIM turut mengalakkan para pengguna untuk mengutamakan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan atau logo Halal Malaysia ataupun logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ini kerana produk tersebut dijamin halal serta suci, bersih, selamat dan dikeluarkan mengikut standard serta garis panduan yang telah ditetapkan.

Para pengguna yang ingin mengetahui berkenaan logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM boleh melayari direktori halal di www.halal.gov.my dan juga di aplkasi telefo pintar MyJAKIM.

LEAVE A REPLY