Pelakon Izreen Azminda akui tidak menolak jika ditakdirkan jodohnya berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

Izreen Azminda Aznam, 32, berpendapat status seseorang lelaki itu bukan menjamin kebahagian rumahtangganya nanti.

“Terus-terang saya memang tak menolak jodoh saya dengan sesiapa pun, asalkan lelaki tersebut mampu menyara saya dan keluarga.

“Jadi, tak menjadi masalah untuk saya terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan menjamin kebahagian,” katanya kepada Astro Gempak.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun.

Apabila ditanya mengenai kehidupannya kini, Izreen memberitahu dia kini sedang mengenali seseorang yang berjaya menawan hatinya.

“Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang yang saya tidak perlu beritahu apa stastusnya.

“Selagi belum ada apa-apa kata putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya.

“Saya tak mahulah dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi pula.

“Kami sudah berkenalan selama setahun apa yang boleh saya kata saya perlukan lelaki yang berikan saya inspirasi dan ada beberapa perkara yang dilakukannya membuatkan saya teruja untuk mengenalinya lebih dekat,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY