Tawau – Satu lagi mayat bot karam, iaitu mayat bayi perempuan berusia 18 bulan ditemui di perairan Sungai Manurung, Sebatik, Indonesia, 9 pagi tadi.

Penemuan mayat Nur Ainun Budiman menjadikan 10 mayat sudah ditemui, empat selamat dan seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, perkara itu disahkan oleh Konsulat Indonesia pada jam 11.36 pagi tadi.

“Mayat ditemui oleh seorang nelayan warga Indonesia dan dibawa ke Nunukan oleh pihak berkuasa Indonesia untuk tindakan selanjutnya.

“Pengecaman mayat dilakukan menerusi gambar yang ditunjukkan kepada mangsa yang selamat iaitu suami isteri, Budiman Muslimin, 26 dan Hasmida Masaniaga, 24,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fadil berkata, kedua-dua mangsa mengesahkan bahawa bahawa anak perempuan mereka berdasarkan pakaian terakhir dipakainya.

Dalam kejadian 7 Februari lalu, seramai 15 individu menaiki sebuah bot dalam perjalanan dari Batu Payung menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia namun karam di perairan Tinagat.

LEAVE A REPLY