Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan pasangannya Jun Hoong mencatat sejarah apabila berjaya merangkul pingat perak dalam acara 10meter platform terjun seirama di temasya Olimpik Rio pada Selasa lalu.

Namun, netizen mengecam isyarat jari yang ditunjukkan oleh Pandelela seolah-olah memberikan isyarat ‘duit’. Foto itu tersebar di media sosial dan menjadi bualan ramai. Adakah benar Pandelela seorang yang mata duitan?

Jangan salah anggap! Sabar ya wahai netizen. Sebenarnya isyarat yang ditunjukkan oleh beliau bermaksud ‘hati’ atau ‘love’ yang sering ditunjukkan oleh salah seorang ahli Running Man(program TV Korea) iaitu Jae Suk.

Rata-rata peminat Running Man kenal isyarat ini dan Pandelela tidak terkecuali kerana beliau adalah salah seorang peminat K-pop dan Running Man.

Netizen jangan cepat melatah. Siasat dulu baru serbu.

Tahniah buat pasangan terjun negara ini atas sumbangan yang diberikan pada negara. Sebagai balasan, kerajaan telah memberikan insentif sebanyak RM150,000 dan wang pencen RM3000 setiap seorang untuk sepanjang hayat! Wow!!

LEAVE A REPLY