Isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Gleneagles, di sini, pagi tadi.

Puan Sri Chui Kah Peng, 65, menghembus nafas terakhir kira-kira 1 pagi di samping ahli keluarga terdekatnya.

Mayat mendiang dibawa pulang ke rumahnya di Halaman Cantonment, Pulau Tikus, di sini.

Upacara pengebumian akan dijalankan Khamis ini.

LEAVE A REPLY