Kehidupan sebagai seorang selebriti sememangnya penuh dengan dugaan malah jika tersilap langkah, runtuhlah nama yang yang dibina sekian lama.

Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad juga dalam masa yang sama turut diuji dengan tawaran untuk hubungan intim namun terlebih dahulu ditapis isterinya.

“Saya berasa terkejut apabila ada peminat yang sanggup berbuat demikian. Tidak dinafikan terdapat peminat yang menginginkan saya memberi perkhidmatan seks tanpa had di hotel mewah,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Menurut Nabil lagi, mesej tersebut diperoleh isterinya di Instagram dan bagi Nabil, dia sendiri memberi kepercayaan kepada cinta hatinya itu untuk memantau akaun laman sosialnya itu.

Sementara itu melalui Harian Metro, Nabil mengakui sangat menyayangi keluarganya dan rumahtangga yang dibinanya.

“Saya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara yang melampau seperti itu. Saya juga meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah”

“Saya sangat sayangkan isteri, anak-anak dan rumah tangga kami. Sebab itu, saya akan berusaha menjauhkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga kami,” kongsinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.