KUALA LUMPUR: Hasrat seorang imam dari Palestin dan pensyarah universiti swasta keluar rumah untuk pergi menunaikan solat subuh di surau berhampiran ditemui mati di tepi jalan, berhadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Gombak pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun itu ditembak mati dipercayai dua lelaki yang datang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada badan mangsa.

“Polis turut menemui dua slug peluru dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mazlan, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.