Penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.

Memetik laporan Kosmo! promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.

Siti Nurhaliza, 38, yang turut terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar mereka berdua tanpa kebenaran demi melariskan produk adalah satu kesalahan besar.

Apapun buat Siti dan suami, semoga tabah menghadapi satu lagi ujian berat menjadi anak seni. Diharap individu tidak bertanggungjawab itu akan mendapat balasan yang setimpal dengan kegiatan haram yang dilakukan.

LEAVE A REPLY