nadia hazwani kek sriyaTidak disangka-sangka kek seringgit seorang suri rumah di Kuala Terengganu, yang menjalankan perniagaan sekadar “suka-suka”, mampu meraih hasil RM1,500 sehari.

Nadia Hazwani Harizan, 26, yang menamakan perniagaannya Kek Sriya by Dhia’s Homemade, pada asalnya risau rugi menjual dengan harga serendah itu, lapor portal Harian Metro.

Bekas jururawat itu pada mula menjual RM5 sepotong tetapi terpaksa menurun harga “seriya” — seringgit atau satu riyal dalam loghat Terengganu — akibat permintaan merosot.

“Tetapi kerana minat yang mendalam terhadap kegiatan membuat kek, saya tidak berputus asa dan meneruskan kegiatan ini tetapi dengan menawarkan harga murah iaitu RM1 sepotong,” katanya.

Kek Sriya by Dhia’s Homemadekek red velvet murah

Walau bimbang rugi, tambahnya, beliau cekalkan hati “berniaga sambil beramal” di rumahnya di Kuala Ibai dengan bantuan suami Mohd Affandi Mohd Azaha, 30.

“Hari pertama kami hanya mampu meraih RM192 sehari sebelum jualan kek seriyal itu diviralkan di Facebook menyebabkan pelanggan semakin meningkat,” katanya seperti dilapor.

“Selepas enam hari beroperasi, jualan kami mencapai RM1,500 sehari,” katanya, menyebabkan ibu, ayah dan adik-beradiknya turut membantu untuk memenuhi permintaan.

Dilaporkan menjual lima jenis kek “berkelas elit” — indulgence, chocolate moist, red velvet, chocolate snow cheese dan orange cheese leleh — Nadia berkata beliau tidak pernah belajar cara membuat kek.

Malah, lapor akhbar itu lagi, wanita berkenaan hanya mempelajari pelbagai resipi melalui Internet dan perkongsian melalui laman sosial.

LEAVE A REPLY