Hutang luar negara Malaysia kini meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 bilion dalam suku ketiga tahun lepas daripada RM196 bilion pada akhir tahun lepas.

Menurut laporan Astro Awani, Kementerian Kewangan berkata kenaikan tinggi itu akibat ‘takrifan baru’ hutang luar negara.

“Dua pertiga tambahan hutang itu adalah akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara,” kata mereka lagi.

Jumlah terkini turut didedahkan bahawa hutang kerajaan pusat mencecah RM582 bilion atau 54.5 peratus berbanding 3 tahun lalu sebanyak RM284.7 bilion atau 28.8% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Hutang negara ialah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar.

Hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam bukan kerajaan dan sektor swasta.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut memberitahu, baki dana pelaburan 1MDB adalah sebanyak RM4.087 bilion (USD1.103 bilion) dan masih disimpan dalam mata wang US Dollar di BSI Bank Limited Singapura.

LEAVE A REPLY