AKTOR berpengalaman, Datuk Rosyam Nor melebarkan sayap perniagaan apabila pasaraya diusahakan memulakan operasi di Setiawangsa, Kuala Lumpur, esok.

Lebih menarik pasaraya borong ST Rosyam Mart Sdn Bhd itu dibuka pada hari pertama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diletakkan pada kadar sifar.

Seorang pelanggan, Fauzana Ismail berkata harga yang ditawarkan lebih murah berbanding pasaraya lain.

Katanya, pasar raya yang dibuka 24 jam sehari itu memudahkannya mencari barang dapur tanpa mengira masa.

“Oleh sebab terletak sebelah sahaja dengan ofis akak, pagi tadi singgah sekejaplah melawat kawasan. Okaylah, not bad sebab ada yang murah dari G****. Contoh seperti ayam di G**** hari ini RM6.99 sekilo, tetapi di ST Rosyam Mart Sdn Bhd dijual hanya pada RM5.99 je.

“Lagi best sebab 24 jam..mana tau malam-malam tengah baking kek ke sesak2 tak cukup tepung ke..boleh la merempit datang sini,” katanya.

Sementara itu, Rosyam berkata pelancaran rasmi hanya akan dibuat pada bulan Syawal nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.