Poligami merupakan satu perkara yang agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka terutama dalam kalangan wanita. Ada di antara mereka tidak dapat menerima hakikat hidup berpoligami, namun ada juga yang boleh menerima konsep hidup bermadu.

Bagi Haryani Ithnen, dia mempunyai sebab tersendiri untuk mendirikan rumah tangga dengan suami orang dan tidak kisah menjadi isteri ketiga apabila suaminya telah berkahwin dengan empat wanita.

Bagi menyokong pendapatnya, Haryani telah menyenaraikan beberapa sebab kenapa dia memilih untuk hidup bermadu.

“Pertama, saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengahari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. Itu adalah terapi paling best dalam yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun.

“Kedua, Bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu. Mungkin peringkat permulaan rasa janggal tapi bila fikir ramai je sahabat-sahabat yang amalkan perkahwinan jarak jauh(pjj) ok je, kenapa kita tak boleh pulak.. kan..,” katanya.

Posting tersebut menarik perhatian netizen di laman Facebook dengan menerima ribuan perkongsian, komen dan tanda suka namun rata-rata mengecam serta mengkritik wanita ini apabila niatnya tersasar dari landasan sebenar.

Dalam hal ini, masing-masing ada pendapat sendiri. Tapi bila dah berpoligami, suami perlu tahu hak dan tanggungjawab terhadap isteri-isteri agar perkahwinan yang dibina mencapai objektif dan mendapat manfaat.

Sumber : Haryani Ithnen

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.