Motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang disumbangkan bagi tujuan lelongan, mendapat bidaan RM2.1 juta.

Harley Davidson model Roadking itu dimiliki Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim selepas membida harga tertinggi berbanding harga permulaan RM150,000.

Motosikal dengan nombor pendaftaran JSA1 itu adalah sumbangan Sultan Ibrahim bagi dilelong untuk tujuan menjana dana tabung Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor sempena Kejohanan Golf Amal Piala Laksamana di sini, hari ini.

Sesi lelongan dikendalikan pelawak dan selebriti terkenal tanah air, Harith Iskandar.

Bidaan tertinggi itu juga menjadikan jumlah terkumpul untuk tabung Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) ketika ini RM3.8 juta.

LEAVE A REPLY