Berita harga terkini RON95 RON97 dan Diesel bermula Januari 2017. Tahun ni merupakan tahun terakhir minyak di bawah paras RM2 Seliter bagi RON95. Bermula Januari 2017, harga minyak akan naik mendadak berikutan kenaikan pasaran harga minyak mentah dunia. Berdasarkan harga rasmi minyak sebentar tadi, RON 95 akan dijual pada harga RM2.10 Seliter, RON 97 pada RM2.40 seliter (tidak termasuk GST) dan Diesel RM2.05 Seliter berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017. Kesimpulannya ketiga-tiga bahan api tersebut naik mendadak dari RM0.15 sen kepada 0.20 sen seliter bermula 1 Januari 2017. Untuk info, kenaikan harga minyak pada awal januari 2017 adalah bergantung kepada kenaikan purata harga minyak sepanjang bulan Disember 2016.

Berkuatkuasa selepas jam 12.01 pagi 1 Januari 2017, harga RON97 naik 20 sen daripada RM1.90 kepada RM2.10 seliter. Manakala RON97 turut mencatat kenaikan 15 sen daripada RM2.25 kepada RM2.40 seliter. Manakala Diesel mencatat kenaikan sebanyak 20 sen daripada RM1.85 seliter kepada RM2.05 Seliter.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Januari 2017 (Rasmi)

  • RON95: RM2.10 (Naik 20 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM1.90 Seliter)
  • RON97: RM2.40 (Naik 15 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM2.25 Seliter)
  • Diesel: RM2.05 (Naik 20 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM1.85 Seliter)

Rasmi: Harga rasmi RON95 RON97 dan Diesel berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.

LEAVE A REPLY