Harga terkini petrol RON95 RON97 dan diesel bermula Februari 2017. Pengguna kini bagai jatuh ditimpa tangga apabila harga minyak naik mendadak buat dua bulan berturut-turut. Terkini rasmi berkuatkuasa Februari 2017, harga minyak akan naik berikutan kenaikan pasaran harga minyak mentah dunia. Berdasarkan harga rasmi minyak sebentar tadi, RON 95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter, RON 97 pada RM2.60 seliter (tidak termasuk GST) dan Diesel RM2.15 seliter berkuatkuasa mulai 1 Februari 2017. Kesimpulannya ketiga-tiga bahan api tersebut naik dari RM0.20 sen bagi RON95, Diesel naik 15 Sen manakala RON97 naik 20 Sen. Untuk info, kenaikan harga minyak pada Februari 2017 adalah bergantung kepada kenaikan purata harga minyak sepanjang bulan Januari 2017.

Berkuatkuasa selepas jam 12.01 pagi 1 Februari 2017, harga RON95 naik 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 seliter. Manakala RON97 turut mencatat kenaikan 20 sen daripada RM2.40 kepada RM2.60 seliter. Manakala Diesel mencatat kenaikan sebanyak 15 sen daripada RM2.05 seliter kepada RM2.15 Seliter.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Februari 2017 (Rasmi)

  • RON95: RM2.30 (Naik 20 Sen) Mulai Februari 2017 (Harga Sebelum RM2.10 Seliter)
  • RON97: RM2.60 (Naik 20 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM2.40 Seliter)
  • Diesel: RM2.15 (Naik 10 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM2.05Seliter)

Rasmi: Harga rasmi RON95 RON97 dan Diesel berkuatkuasa mulai 1 Februari 2017.

LEAVE A REPLY