Berita harga terkini RON95 RON97 dan Diesel bermula Mac 2017. Selepas harga minyak naik tiga bulan berturut-turut, pengguna kini boleh menarik nafas lega apabila harga minyak kekal pada Mac 2017. Menerusi pengumuman rasmi terkini, harga petrol RON95 dan RON97 kekal dan tidak berubah manakala Diesel naik sebanyak 5 sen mulai Mac 2017. Ini menjadikan harga Diesel terkini naik 5 sen seliter daripada RM2.15 kepada RM2.20 seliter manakala RON95 dan RON97 kekal RM2.30 seliter dan RM2.60 seliter berkuatkuasa mulai 1 Mac 2017.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Mac 2017 (Rasmi)

RON95: RM2.30 seliter (Kekal) (Harga Sebelum RM2.30 seliter)
RON97: RM2.60 seliter (Kekal) (Harga Sebelum RM2.60 seliter)
Diesel: RM2.20 (Naik 5 sen) (Harga Sebelum RM2.15 seliter)

Rasmi: Harga rasmi RON95 RON97 dan Diesel berkuatkuasa mulai 1 Mac 2017

LEAVE A REPLY