Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini, lapor portal rasmi unit komunikasi Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Ngeri, Dr Mamad Puteh berkata, jumlah itu dijangka akan meningkat berdasarkan semakan semula terhadap senarai penerima e-Kasih.

“Setakat ini, lebih kurang 6,000 penerima telah memperoleh manfaat bagi penggunaan 20 meter padu air. Mereka terdiri dalam senarai penerima e-Kasih dan penerima Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Kita jangka jumlah penerima akan bertambah setelah pembukaan permohonan baharu (e-Kasih), penerima zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu selain penyelarasan kaedah baharu termasuk (keluarkan borang) yang akan di laksana bagi membolehkan mereka yang layak mendapatkan bantuan bekalan air,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, pemberian air percuma hanya meliputi penggunaan sebanyak 20 meter padu ke bawah yang ditawarkan hanya untuk golongan berpendapatan rendah dan miskin sahaja.

“Sekiranya mereka menggunakan lebih daripada kadar itu, contohnya 25 meter padu, mereka hanya perlu membayar bagi penggunaan lima meter padu sahaja,” ujarnya.

Wowberita sebelum ini melaporkan Pas Terengganu secara senyap-senyap telah menarik balik pemberian air percuma kepada rakyat yang berpendapatan rendah dengan alasan nama mereka tiada dalam senarai e-kasih.

Baca: Pas Terengganu tarik balik pemberian air percuma secara diam-diam

Tindakan yang dilihat terkebelakang itu bagaimanapun tetap disokong oleh penyokong-penyokong Pas yang dikenali sebagai walaun. Mereka menganggap yang bersalah dalam hal ini adalah manifesto bukan kerajaan negeri pimpinan Pas.

Terdahulu dalam Bajet 2017 yang lalu, kerajaan BN telah meluluskan pemberian air percuma kepada semua rakyat Terengganu yang menggunakan air bawah 20m padu setiap bulan.

Langkah tersebut merupakan antara insentif yang dirintis bagi menjaga kebajikan rakyat dalam menikmati bekalan bersih di samping menggalakkan penggunaan secara cermat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.