KUALA LUMPUR — Pengarah Mamat Khalid terus mencetus fenomena apabila filem terbaharunya mengutip RM6.45 juta dalam tempoh empat hari.

“Hantu Kak Limah” (HKL) yang mula ditayangkan 9 Ogos lalu turut mencipta sejarah apabila mengutip RM1.8 juta semasa tayangan pembukaan, lapor Harian Metro.

“Saya sangat berharap lebih ramai peminat akan menonton filem HKL di pawagam berhampiran sebelum tempoh tayangan berakhir.

“Saya juga mendapat maklum balas daripada semua peminat yang memberitahu filem ini sangat menghiburkan untuk seisi keluarga,” katanya.

Filem komedi seram ini menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May dan Erra Fazira.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.