Jika sudah namanya bergelar selebriti dan berlatarbelakangkan pula berkaitan agama, pastinya tanggungjawab menjaga nama agama turut terpikul. Hidup pula dalam dunia sosial media sekarang, pelbagai perkara cukup senang terjadi dan menjadi bahan kecaman.

Baru-baru ini Hafiz Hamidun turut dikecam warga laman sosial kerana dikatakan sering menunjukkan kemewahan yang dimilikinya. Melalui Utusan Online, Hafiz menafikan perkara tersebut dan menjelaskan perkara sebenar.

“Ya, memang betul saya ada bergambar dengan kenderaan mewah dan pergi ke lokasi percutian bertaraf lima bintang seperti yang digambarkan. Semua itu bukan milik saya. Malah, keberadaan saya di lokasi-lokasi mewah itu disebabkan kebetulan ada kerja di situ, bukannya membelanjakan wang sendiri”

“Nak tergelak pun ya apabila petikan Twitter saya mula tular di media sosial seolah-olah memberi gambaran bahawa saya seorang yang tak cermin diri sendiri sebelum menegur orang lain. Lagipun, kata-kata saya itu adalah sekadar peringatan kepada semua dan juga diri sendiri. Tidak spesifik untuk individu tertentu,” jelasnya.

Sementara itu, di Harian Metro Hafiz juga menafikan bahawa perkongsiannya melakukan aktiviti kebajikan di Instagram bukanlah untuk menunjuk.

“Terpulang orang nak kata apa asalkan saya tahu batasan. Lagi pula, perkara yang dikongsi bukan untuk beritahu saya orang baik, namun lebih kepada meningkatkan kesedaran dan beri inspirasi untuk orang lain buat perkara sama.

“Paling penting, apa dilakukan kena dengan niat betul. Jangan berlebih-lebih sehingga jadi riak,” katanya. Susah bukan hidup di zaman sekarang. Peganglah pada niat sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here