Semalam viral satu video yang dimuatnaik di akaun Facebook Noreha Arifin. Video tersebut telah dikongsi lebih 1300 kali oleh netizen. Turut berkongsikan video tersebut ialah Facebook Media Johor.

Wanita dalam video tersebut merayu kepada orang ramai menjumpai beg merah yang didakawa mengandungi kotak Che Semah Beauty didalamnya ada barang sangat penting kepada dirinya supaya memulangkan kepadanya.

Dia berjanji kepada sesiapa yang menjumpai beg merah tersebut akan diberi ganjaran RM 100 ribu ringgit.

“Saya tak tahu masa pulang atau pergi, sebab saya baru perasan, beg merah saya yang saya bawak hilang dan dalam beg tersebut mengandungi satu kotak Che Semah Beauty dan dalam kotak tersebut ada barang yang berharga. Saya akan bagi ganjaran kepada orang menjumpai beg merah itu sebanyak RM100 ribu”

Ramai netizen beranggapan video tersebut adalah strategi pemasaran semata mata.

Ada juga yang mendoakan barang beliau supaya cepat ditemukan.

LEAVE A REPLY