MUMBAI, INDIA – Gara-gara menggunakan tandas awam terlalu lama, seorang lelaki dibelasah sehingga mati dalam kejadian di kawasan miskin di Wadala.
Polis berkata, mangsa dikenali sebagai Fulchand Yadav dipukul seorang lelaki yang gagal mengawal emosi selepas menunggu terlalu lama untuk menggunakan tandas tersebut.
Menurut saksi, tertuduh Shakir Ali Shaikh memarahi mangsa sehingga membawa pertengkaran, namun ia dileraikan orang ramai yang berada di tempat kejadian.
“Tertuduh gagal mengawal emosi dan mengekori mangsa sebelum bertindak memukulnya berulang kali.
“Orang ramai yang melihat kejadian itu membantu mangsa dan menghantarnya ke hospital.
“Namun mangsa meninggal dunia sebelum menerima sebarang rawatan,” kata polis. – Agensi
Loading...