Dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kos projek LRT3 berjaya dikurangkan adalah satu penipuan.

Ia sebenarnya adalah sebuah “pengecilan drastik” projek tersebut, dan bukannya “penjimatan kos”.

Lim mengumumkan bahawa selepas pengurangan kos, terdapat beberapa perubahan kepada projek LRT3, termasuk:

1. Pengurangan 42 set tren enam koc kepada 22 set tren tiga koc

2. Reka bentuk stesen diubah suai saiznya

3. Penangguhan pembinaan lima stesen

4. Pembatalan projek terowong bawah tanah sepanjang dua kilometer

Pengurangan kos tersebut susulan “pengecilan drastik” ini jelas berbeza daripada “pengurangan kos”.

Lim Guan Eng disaran jangan mengelirukan rakyat semata-mata untuk masuk bakul angkat sendiri.

Susulan perubahan tersebut, tarikh siap pembinaan LRT3 akan dilanjutkan selama 4 tahun, iaitu dari 2020 kepada 2024.

Menurut Lim, projek LRT3 penting untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik. Akan tetapi, tindakan kerajaan Pakatan Harapan untuk melanjutkan tempoh pembinaan LRT3 bermaksud bahawa rakyat terpaksa menanggung seksa untuk empat tahun lagi.

Jika projek ini begitu penting, mengapa tarikh penghabisannya dilanjutkan lagi? Ini satu percanggahan konsep yang ketara.

Selain itu, adakah projek LRT3 boleh menampung keperluan populasi 2 juta penduduk Lembah Klang, malah mengangkut lebih daripada 30,000 penumpang sejam selepas projek ini dikecilkan?

Semua faktor ini harus diambil kira sebelum keputusan dibuat secara tergesa-gesa.

Saya menyarankan bahawa kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan tanggungjawabnya secara pragmatic dan jujur, dan bukannya hanya bercakap besar.

* Datuk Ong Chong Swen adalah Naib Pengerusi Wanita MCA

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.