KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa senator Barisan Nasional jangan mensabotaj usaha kerajaan meluluskan cukai jualan dan perkhidmatan SST apabila rang undang-undang berkaitan diangkat ke Dewan Negara.

Lim berkata negara akan menghadapi masalah kewangan jika cukai itu tidak dilaksanakan 1 September ini.

“Kerana mungkin dari segi fiskal kita tak boleh dapat lebihan,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

“Ini penting untuk berikan keyakinan pada rakyat dan pelabur bahawa memang dari segi ekonomi semua berjalan lancar.”

Menurut laman web Parlimen, 29 senator daripada BN, 6 daripada PH, 3 daripada PAS, 2 daripada Gerakan, 3 daripada Gabungan Parti Sarawak, 1 daripada LDP, Upko dan PBS, dan 1 daripada IPF.

Manakala Orang Kurang Upaya, masyarakat Siam, Orang Asli dan Hindraf masing-masing mempunyai seorang senator.

Guan Eng berkata kerajan mahu baki akaun semasa mencatatkan lebihan.

“Ini hanya boleh dicapai sekiranya SST boleh dilaksnakan pada 1 September,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.