Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikurangkan dari enam peratus kepada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan menghentikan kutipan GST.

Pemansuhan GST adalah sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang berjanji akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari.

Hari ini menandakan hari ketujuh gabungan PH berkuasa selepas ia menamatkan pemerintahan 61 tahun BN yang menerajui negara sejak kemerdekaan sehingga pilihan raya umum 9 Mei lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.