Google beli Motorola Mobility dengan harga RM39 bilion | Blog Berita Online

Google beli Motorola Mobility dengan harga RM39 bilion

May 24th, 2012 0 Comments Bisnes, Ekonomi

Syarikat enjin carian Internet, Google Inc. menyempurnakan proses pembelian pembuat peranti, Motorola Mobility pada harga AS$12.5 bilion (RM39.2 bilion) kelmarin.

Pembelian itu diselesaikan selepas sembilan bulan Google Inc. membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia mahu mengembangkan portfolionya kepada perniagaan perkakasan yang disifatkan sebagai berisiko tinggi dan mahal.

Langkah itu membuatkan Google kian aktif dalam perniagaan telefon bimbit yang diceburinya sejak empat tahun lalu menerusi pengenalan perisian Android keluarannya.

Seperti yang dijangka, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menamakan orang kanannya, Dennis Woodside sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Motorola.

Woodside, 43, yang merupakan Presiden Google untuk rantau Amerika terkenal kerana berjaya membawa perolehan sebanyak AS$17.5 bilion (RM55 bilion) kepada Google melalui pengiklanan secara talian dalam tempoh tiga tahun.

Pengambilalihan itu direalisasikan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berpuas hati bahawa ia tidak akan membantutkan persaingan dalam pasaran telefon pintar.

Google dikatakan mahu memiliki Motorola kerana 17,000 paten telefon bimbit yang telah dihasilkannya. Selain itu, Google juga dilihat berminat untuk menghasilkan komputer tablet bagi menyaingi Apple iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.com. Tablet itu bakal dikuasakan oleh perisian Android.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg