imagePeserta kumpulan baju merah mendakwa ada di antara ahli mereka yang disepak oleh peserta Bersih ketika kedua kumpulan berkenaan bertembung sekitar LRT Masjid Jamek.

Ketua Pemuda Bandar Bukit Jalil, Alif Tafid mendakwa kedua-dua kumpulan berkenaan terpaksa bertembung di Masjid Jamek sehingga menyebabkan tiga daripada peserta baju merah disepak tanpa disedari.

“Namun begitu tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku kepada mereka susulan tindakan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian sejurus tiba di Padang Merbok.

Alif berkata, disebabkan pertembungan itu, ada di antara ahli baju merah tidak dapat turun daripada stesen LRT berkenaan memandangkan bimbang berlakunya kejadian tidak diingini.

Hasrat kumpulan baju merah untuk berhimpun di Dataran Merdeka tidak berhasil apabila mereka diarahkan untuk berhimpun di Padang Merbok.

Selain itu, sejurus kumpulan baju merah tiba di Jalan Raja Laut, mereka turut diarahkan untuk menukar laluan memasuki Jalan Kuching untuk berkumpul di Padang Merbok.

Buat masa ini, tiada sebarang kekecohan berlaku lantaran daripada kawalan ketat oleh pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY