Gempar! Pengasas Apple Steve Jobs meninggal kerana kanser | Blog Berita Online

Gempar! Pengasas Apple Steve Jobs meninggal kerana kanser

September 5th, 2013 0 Comments Luar Negara

Syarikat gergasi komputer, Apple pada Rabu mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser. Beliau berusia 56 tahun. Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.

Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple. Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook telah dilantik mengambil alih jawatan Steve selepas beliau meletakkan jawatannya pada 25 Ogos lalu.

Masalah kesihatan Steve telah menjadi topik hangat sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau menderita penyakit kanser sering mendapat perhatian daripada pencinta produk Apple, pelabur serta ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Kematian Steve bermakna akhirnya sebuah legasi di syarikat gergasi komputer terkenal dunia Apple.

Beliau mula membuka syarikat komputer Apple bersama rakannya, Stve Wozniak pada akhir 1970 an. Syarikat berkenaan kemudiannya diperkenalkan sebagai syarikat komputer, Apple 1.

Namun selepas beberapa tahun, ia ditukar kepada Apple II dan menjadi sebuah syarikat gergasi komputer yang terkenal pada 1980 sekaligus menjadikan Steve sebagai seorang jutawan yang dikenali di Amerika Syarikat.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post