Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata pihak polis mempunyai alasan yang cukup untuk menyerbu rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tengah malam semalam.

Sebaliknya, Mahathir berkata proses yang berakhir pagi tadi, adalah sebahagian daripada SOP polis.

Di pihaknya, Mahathir berkata beliau tidak ada mahu polis “menyeksakan” mana-mana orang dan bahawa semua kes perlu disiasat mengikut undang-undang.

“Polis ada SOP mereka, saya tidak tahu mereka akan melakukan serbuan pada waktu malam, arahan saya sangat jelas.

“Saya tidak akan menyeksa orang dan melakukan perkara seperti itu, saya mahu mereka diperlakukan dengan sopan,” kata Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serbuan di rumah Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur yang menerima bidasan pelbagai pihak kerana waktu yang tidak sesuai.

Baca: Tindakan polis geledah rumah Najib tidak wajar

Polis mula menggeledah rumah Najib kira-kira jam 10.15 malam semasa tiba dengan puluhan kereta dan sebuah trak Black Maria, yang sering digunakan untuk mengangkut tahanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.