Sekurang-kurangnya 32 terkorban apabila sebuah pesawat kargo milik Turkish Airlines terhempas di sebuah perkampungan berhampiran Lapangan Terbang Manas, Kyrgyzstan, hari ini.

Jurucakap Kementerian Perkhidmatan Kecemasan Kyrgyzstan berkata, majoriti mangsa yang maut adalah penduduk perkampungan berhampiran Dacha-Suu itu, manakala selebihnya adalah kru serta penumpang pesawat terbabit.

Kejadian jam 7.30 pagi waktu tempatan (0130 GMT) itu turut mengorbankan empat juruterbang.

Pesawat Boeing 747 itu yang dalam perjalanan dari Hong Kong ke Istanbul, Turki dikatakan cuba mendarat dalam cuaca teruk dan kabus tebal.

Ketua Pusat Pengurusan Krisis di Kementerian Kecemasan, Mukhammed Svarov, berkata nahas itu turut merosakkan 15 bangunan di perkampungan terbabit.

Kementerian Kesihatan berkata, pekerja penyelamat menemui mayat seorang juruterbang dan 15 penduduk kampung di tempat kejadian.

LEAVE A REPLY