Beberapa kawasan di negeri ini dilanda ribut serta hujan batu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.15 pagi itu, hujan renyai sebelum tiba-tiba kedengaran angin kuat membawa hujan ais menimpa beberapa kawasan terutaamnya di Sungai Udang, di sini.

Pengawal keselamatan sekolah di Kem Sungai Udang, di sini, Zaidi Salim, 49, berkata, kejadian berlaku ketika dia bertugas di pos kawalan di sekolah terbabit.

“Inilah kali pertama saya melihat hujan batu,” katanya.

Menurut Zaidi, hujan batu itu berlangsung selama kira-kira 20 minit dan dia dapat mendengar dentingan kepingan ais sebesar biji guli menimpa cermin tingkap pos kawalan.

Beberapa lagi penduduk di sekitar Sungai Udang turut mendakwa, ketulan ais dipercayai daripada hujan batu bukan hanya berada di luar rumah malah ada yang masuk ke dalam ruang tamu.

Namun apabila dipegang, ais itu cepat mencair.

LEAVE A REPLY