Gambar terbaru Siti Musliha | Blog Berita Online

Gambar terbaru Siti Musliha

June 30th, 2012 0 Comments Info

Hujan air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995.

Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.

Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata.

Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak ke Anugerah Juara Lagu 1995.

Tumpuan luar biasa terhadap Siti Musliha, anak sulung Mohd. Mustafa Manap dan Rohani Atan, yang dilahirkan kurang sempurna pada 10 Januari 1983 ini bermula apabila dia muncul di televisyen pada 1994.

Simpati terhadapnya datang daripada semua pihak tanpa mengira latar belakang kedudukan, kaum dan agama.

Pun begitu, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita. Rakyat Malaysia terutama para peminatnya tertanya-tanya mengenai perkembangannya.

Di dalam Internet termasuk laman-laman sosial Facebook, ribuan peminatnya saling bertanya di manakah Siti Musliha. Ramai yang tidak segan silu menyatakan perasaan rindu terhadap Siti Musliha.

Dalam usianya sudah 28 tahun, Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri.

Pelbagai cerita dikongsi. Ini termasuk Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah.

“Saya betul-betul tak sangka masih ada yang merindui saya. Terima kasih saya ucapkan, kalau ada rezeki insya-Allah kita berjumpa,” pesan Siti Musliha kepada para peminat yang tercari-cari di mana dia selama ini.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post