Anak bongsu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Natasha,15, menarik perhatian dunia apabila melakukan kerja sambilan di sebuah restoran makanan di Massachusetts.

Natasha yang lebih mesra dikenali sebagai Sasha mengambil kesempatan untuk bekerja di sebuah restoran makanan laut yang popular, Martha’s Vineyard, sempena cuti sekolah yang panjang.

Walaupun beliau mengenepikan kemewahan yang dimiliki untuk mendapat pengalaman hidup, tetapi sebagai anak Presiden dia tidak dapat lari dari protokol.

Menurut media antarabangsa, Sasha akan diiringi oleh enam anggota kontinjen perkhidmatan rahsia ketika beliau bertugas di restoran itu.

Difahamkan, enam ejen tersebut akan menunggu di kawasan yang berdekatan untuk mengawasi beliau.

.

Rumah Putih setakat ini masih belum mengulas laporan itu tetapi sebelum ini, Wanita Pertama Michelle Obama pernah menyatakan bahawa beliau akan membesarkan kedua-dua anak perempuannya seperti remaja biasa.

LEAVE A REPLY