(GAMBAR) Sambutan Hari Polis Penuh Sayu & Patriotik | Blog Berita Online

(GAMBAR) Sambutan Hari Polis Penuh Sayu & Patriotik

March 25th, 2013 0 Comments Dalam Negeri

Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.

Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.

Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal DSP Michael Padel yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.

Kelapan-lapan pegawai dan anggota yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Sambutan Hari Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bermula 8.30 pagi dengan perbarisan lintas hormat.

Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu.

Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Sambutan Hari Polis, yang bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ itu antara lain mengetengahkan revolusi kepolisan negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisan bertaraf antarabangsa.

Pada sambutan kali ini buat pertama kalinya, pasukan polis mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg