(Gambar) Rupanya UMNO pun pandai buat demo hapus tol…

Seramai hampir 200 ahli Umno Bahagian Shah Alam mengadakan demonstrasi aman selama sejam bermula jam 11 pagi semalam di Plaza Tol Sungai Rasau bagi menuntut Kerajaan Pusat memansuhkan tol itu dan tol Batu Tiga, Shah Alam.

Timbalan Ketuanya, Zulkurnain Md Ruslan berkata, mereka mewakili penduduk sekitar Shah Alam, Kota Raja dan Klang berharap agar kedua-dua tol yang dilihat membebankan rakyat itu dapat dimansuhkan.

Katanya, syarikat konsesi tol tersebut yang didakwa berusia lebih 20 tahun itu dipercayai telah mencapai pulangan modal serta meraih untung.

“Kita berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dapat mendengar rintihan kami kerana sekiranya penduduk dari Klang pergi dan balik ke Kuala Lumpur sudah dikenakan tol sebanyak RM4.20 setiap hari.

“Harap kedua-dua tol ini dapat dimansuhkan segera,” katanya ketika ditemui semasa demonstrasi aman berkenaan di Klang semalam.

Menurutnya, demonstrasi tersebut adalah kali kedua diadakan kerana pada awal tahun ini ia diadakan di tol Batu Tiga.

Katanya, malah pihaknya telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada Jun tahun lalu.

“Minggu lalu Shaziman ada buat kenyataan memaklumkan sedang mengkaji pemansuhan atau struktur semula tol dan kami berharap kedua-dua tol ini termasuk dalam kategori dimansuhkan,” katanya

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.