(GAMBAR) Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia

By | July 22, 2013

Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar. Rumah luar biasa milik Alexander Yee itu terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar Kota Kinabalu.

Rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah. Hiasan dalaman di dalam rumah diletakkan secara terbalik seolah-olah seperti tergantung.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

Pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu dan akan dikenakan bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun. Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Incoming search terms:

Leave a Reply