(Gambar) Rumah Che Mat Jusoh Diserang Penyokong Terengganu | Blog Berita Online

(Gambar) Rumah Che Mat Jusoh Diserang Penyokong Terengganu

April 23rd, 2012 0 Comments Dalam Negeri

Dek kekalahan demi kekalahan yang dicatatkan oleh pasukan Terengganu, pihak pengurusan skuad Penyu semakin hebat dikecam oleh penyokong setia pasukan itu.

Kali ini rumah Pengurus Pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh menjadi mangsa diserang oleh kira-kira 100 penyokong pasukan itu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam Sabtu, ada penyokong yang bertindak liar dengan membuat kecoh serta membaling batu ke arah kediaman Che Mat di Kampung Panji Alam, di Kuala Terengganu.

Serangan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebaik selesai perlawanan suku akhir pertama Piala FA tempoh hari yang menyaksikan sang penyu tumbang 1-2 di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby.

Lebih daripada 500 peminat berkumpul sepanjang laluan keluar dari kawasan stadium berkenaan dengan mengangkat kain rentang dan poster yang meminta Che Mat dan jurulatih Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.

Bagaimanapun, keadaan itu berjaya dikawal setelah pihak polis ke rumah berkenaan setelah menerima panggilan telefon daripada pengurus pasukan itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu, ACP K. Manoharan ketika dihubungi berkata, akibat tindakan agresif itu bumbung rumah pengurus itu rosak akibat dibaling objek dan ada sebahagian daripada mereka bertindak menekan loceng dan menggoncang pintu pagar.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post