(Gambar) Rekaan Stadium Baru The Red Warriors

By | January 25, 2012

Stadium baru Kelantan yang dikhaskan hanya untuk bola sepak itu dikhabarkan menyerupai stadium milik Cardiff City. Banyak ura-ura dan perkongsian yang diterima dari penyokong pasukan Kelantan mengenai stadium baru The Red Warriors ini.

Terbaru, melalui sumber facebook Tan Sri Annuar Musa, kami kongsikan rekabentuk dan gambaran awal yang dikongsikan oleh facebook Tan Sri sendiri mengenai stadium baru Kelantan yang dikhabarkan bakal dinamakan sebagai Stadium Sultan Muhammad V.

Stadium ini mampu memuatkan 40,000 kapasiti penyokong dengan lokasinya adalah di Tunjung, Kota Bahru. Bercirikan standard stadium bola sepak seperti diluar negara, jarak diantara penonton dengan padang adalah lebih dekat seperti yang boleh kita lihat di Stadium-stadium Liga Perdana Inggeris.

Jolokan bagi stadium ini adalah The Fortress – Home Of The Red Warriors.


Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply