Tahniah diucapkan kepada Jep Sepahtu kerana telah menamatkan zaman bujang dengan Sari Yanti pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 25 Februari 2017 bertempat di Dewan Mercu Mustapha Kamal. Mengejutkan sekali, perkahwinan ini diadakan secara rahsia tanpa pengetahuan media. Difahamkan, Sari Yanti pernah berkahwin dengan bekas suaminya iaitu Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014. Hasil perkahwinan pertama mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq. Bagi Sari Yanti, ini adalah perkahwinan buat kali kedua dengan Jep Sepahtu.

Gambar Nikah Jep Sepahtu & Sari Yanti 25.2.2017

LEAVE A REPLY