Gambar nikah kahwin Farah Asyikin dan Raja Iskandar pada 7 Januari 2016. Tahniah diucapkan buat penyanyi Farah Asyikin yang telah sah bergelar isteri kepada Raja Iskandar Raja Mukhtaruddin dengan sekali lafaz tepat jam 11.57 pagi Sabtu. Farah Asyikin menerima mas kahwin sebanyak RM80, lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang kepada pihak lelaki. Manakala, wang hantaran dirahsiakan. Untuk info suami baru Farah Asyikin merupakan pengurus besar syarikat minyak dan gas. Ini adalah perkahwinan kali ketiga Farah dan dia memiliki seorang anak lelaki, Ebrahim Owais berusia 2 tahun.

Gambar Nikah Farah Asyikin & Raja Iskandar 7.1.2016

LEAVE A REPLY