Gambar nikah kahwin Datuk Normashayu Puteh dan Aiman Ismail pada 7 Januari 2016. Pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh, 39, menamatkan zaman janda dengan penyanyi, Muhd Aiman Ismail, 27, dengan sekali lafaz. Pada majlis itu, Ayu menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM10,000. Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak lelaki seperti minyak wangi, persalinan pakaian dan senaskah al-Quran. Datuk Ayu Puteh mempunyai empat anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Mohd Sufian Mohd Ali, 21, Nor Syazwana, 20, Nor Syazwani, 13 dan Mohd Aliff Safuan, 12.

Gambar Nikah Datuk Ayu Puteh & Aiman Ismail 7.1.2016

LEAVE A REPLY